Kaspersky oh Kaspersky...




Dalam laptop anda, apa jenis AntiVirus yang anda pakai?  AVG? Avira? Norton?  Even setiap orang yang baru membeli PC atau laptop mesti terfikir apakah antivirus terbaik untuk dipasang. Kat dunia ni plak ada beratus-ratus antivirus sama ada berbayar atau percuma. Biasanya kalau orang yang tak begitu mementingkan keselamatan komputer mereka, maybe mereka prefer yang free je. Memang antivirus percuma boleh scan dan buang virus atau trojan, tapi ada sesetengah virus@trojan yang mereka tak mampu kesan dan delete.

Bagi aku, aku lebih prefer Kaspersky. KASPERSKY 2011 datang dengan sepenuhnya Graphical User Interface (GUI) baru, menawarkan sejumlah ciri baru dan perbaikan dengan teknologi perlindungan yang unik untuk melindungi sistem anda.

Ciri-ciri baru yang disertakan:

* Sistem Watcher - monitor berasaskan analisis heuristik, menyekat perilaku blok program yang mencurigakan
* Safe Run untuk mod website - mempunyai keselamatan tambahan bagi perbankan online dan kegiatan seumpamanya untuk memantau risiko kecurian identiti anda.
* Sistem Baru Watcher trek teknologi, notis aktiviti dan analisis yang mencurigakan dan membolehkan anda reverse kembali langkah keselamatan yang telah diambil.
* Safe Surf teknologi - sekat malware dan phishing website untuk keselamatan online yang meluas.
* Safe Run dan Kaspersky Web Toolbar untuk keselamatan online.
* Fast-acces Desktop alat untuk akses cepat ke setting dan ciri-ciri program.

So, Kaspersky yang basic ni ada dua jenis untuk PC. Kaspersky AntiVirus (KAV) & Kaspersky Internet Security (KIS). Ada jugak Kaspersky Pure. Lagi canggih tapi mahal sangat. Tak ramai orang pakai. So tak payah cerita la. Apa beza KAV ngan KIS? Lebih kurang je. Cuma KAV just basic je. KIS lebih complete dan ada KAV di dalam. Untuk yang Internet heavy user, better pick KIS. Untuk lebih lanjut klik sini : Beza KIS dan KAV. Since KIS pun dah ade KAV dalamnya, tak payahlah install both.

Pandangan aku sendiri sepanjang guna KIS 2011 ni memang memuaskan, memory consumption agak rendah maknanya ia tak akan mengganggu kerja anda. Kalau ada benda yang tak kena ia akan terus bagi tahu anda untuk ambil tindakan. Bestnya Kaspersky ni sebab boleh install skin jugak. So takdelah buruk nar rupe skin antivirus tu. Antara skin yang ada:


















Download skin kat sini. Link yang ni still working pada masa aku post ni. Kalau dah broken bukan salah aku ok.

Kalau nak lesen free pun request je, aku boleh try carikan. Hoho.. :D


0 comments:

Post a Comment