Windows 8? Nicely done.

Wohoo! Baru-baru ni Microsoft dah lancarkan satu Operating System (OS) baru, Windows 8. Aku ada dengar khabar-khabar angin pasal windows baru ni dulu tapi aku endahkan je sebab aku ingat tu semua gurauan duni cyber je. Tapi dalam aku sesaje buang masa webwalking aku terclick news pasal Windows 8 neh. Tak sangka bukan khabar angin semata-mata.


Kalau tengok bebetul, cantik sebenarnya interface Windows 8 ni....

So, apa yang ada dengan the most waited Windows 8?


Ok, rumors ni semua bermula satu news di halaman web Microsoft di Belanda mengatakan bahawa Windows 8 akan mengambil masa lagi 2 tahun sebelum memasuki pasaran. Lalu terpostlah sekali beberapa picture kat Microsoft Professional Developers Conference baru-baru ini menunjukkan keluaran berikutnya dari Windows Server OS, yang biasanya akan dikeluarkan selepas debut edisi desktop, telah jatuh tahun keluarannya pada 2012. Untuk sengaja manambahkan propa-propa mereka ni, CEO Microsoft, Steve Ballmer, ketika diinterview di Simposium Gartner, mengatakan versi selanjutnya dari desktop Windows akan menjadi produk Microsoft yang paling berisiko, sebab susah nak develop kot.

Apa yang diexpect dari Windows 8 ni? Well, apa yang PC World tau dan apa yang aku faham,ada tiga bentuk faktor yang memainkan peranan, iaitu;
1. Laptop dan tablet PC.
    - laptop akan mempunyai ciri-ciri yang iras dengan tablet PC.

2. Workstation PC.
    - PC yang biasanya ada dirumah-rumah atau industri akan menggantikan sistem laptop.

3. Hub Family PC.
    - evolusi berikutnya dari Windows Media Center yang ada dalam Windows 7, yang kegunaannya untuk connectkan dengan TV & device-device lain.

Ada banyak lagi function-function baru macam "My PC Knows Me" iaitu satu fungsi di mana PC korang akan menggunakan jarak sensor untuk detect pergerakan korang dalam sebuah bilik dan terus automatik on PC korang. And kalau korang duduk je depan skrin tu tegak-tegak, ia akan mengimbas wajah korang dan terus automatik log in. Beberapa akaun user pun tidak akan menjadi masalah, tu semua boleh set. Canggih kan? Tak sangat pun, macam la orang lain tak tau apa tu motion sensor. Kalau korang rajin nak baca apa yang best sangat pasal Windows 8 ni lagi, boleh baca je kt sini.

Setakat ni bagi aku tak ada apa yang menarik sangat pasal Windows 8 ni. Seperti biasa, maybe sebab engineer Microsoft kekurangan idea nak design interface baru, Windows 8 ni lebih kurang macam Windows 7 la jugak. Asasnya lebih kurang sama je. Tak percaya gi browse sendiri and tengok sendiri. Oh! Oh! Lagi satu yang aku paham, Windows 8 ni hanya akan support 64-bit & 128-bit je. So Windows 7 ni last la yang ada 32-bit nya OS. And also, kalau rerase nk try Windows 8 ni, make sure la korangnye laptop or PC power-mower nak support OS berat camni.

Nak try install jugak? Download kat sini. Tapi jangan terkejut sebijik macam Windows 7 sebab ni modified punya Windows 7. Haha!

0 comments:

Post a Comment