kata diluah seolah
aku batu kerikil
tiada hati
kata diluah seolah
aku kayu rapuh
tiada rasa
hinaan, cercaan, cacian
ku telan
ku pendam
ku simpan
syak wasangka, tuduhan
segalanya palsu
segalanya andaian
segalanya bertuhankan nafsu
tak wajarkah aku membalas ?
tak layakkah aku mempertahankan ?
maruah diri yang dipijak-pijak
harga diri yang dihentak-hentak
kesabaran yang diuji hebat
usah dibicara soal kesilapan
usah dibicara soal kesalahan
usah dibicara soal kelukaan dan kepedihan
kerana kita sudah saling merasainya
kerana kita sudah saling melaluinya
dan kerana kita sudah saling mengetahuinya
bukankah kesedaran itu pengubatnya ?
bukankah perubahan itu penawarnya ?
bukankah sejarah itu sudah mematangkan ?
bukankah pengalaman itu sudah menginsafkan ?
aku letih
aku penat
aku lelah
aku tak mampu menepis sangkaanmu
aku tak mampu menolak pandanganmu
aku tak mampu mengubah pendirianmu
biar aku di sini
biar aku berdiri sendiri
biarkan aku terus berlari
aku ingin sekali berpaling
aku ingin sekali menoleh
ku buka ruang
ku buka peluang
ku buka kesempatan
namun tiada penyesalan
tiada maaf
tiada segalanya
yang tinggal hanya sepi
yang tinggal hanya kekosongan
yang tinggal hanya kenangan
kenangan bertahun
ku kutip
ku lipat
kemas di ingatan
aku faham kini
aku yakin kini
dan aku pergi
pasti
Rodeo Girl (2016)
8 years ago